mcmc
KeselamatanMaklumat Setempat

PELESENAN PERKHIDMATAN MEDIA SOSIAL DAN PENYEDIA PENKHIDMATAN INTERNET BERMULA 1 JANUARI 2025

Tahukah anda bermula 1 Januari 2025 ini, perkhidmatan pesanan Internet dan perkhidmatan media sosial perlu mendapatkan lesen di bawah kerangka pelesenan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) seperti yang ditetapkan oleh MCMC.

Tujuan utama pelesenan ini adalah untuk menangani peningkatan jenayah siber seperti penipuan, judi dalam talian, buli siber, dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Anda tak perlu risau, sebab pelesenan ini hanya terpakai kepada penyedia perkhidmatan yang memenuhi kriteria pelesenan sahaja.

#MCMC