Pusat Internet 1 Malaysia Palekbang mula beroperasi pada bulan Febuari 2010 di alamat PT 691 Jalan Besar Palekbang , 16040 Tumpat, Kelantan. Diawal penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Palekbang di kenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti Palekbang (PJK Palekbang). Pusat Internet 1 Malaysia Palekbang masih lagi kekal di premis yang sama sepanjang 6 tahun operasi.
Sepanjang 6 tahun beroperasi di sini, kami telah banyak menjalankan kelas latihan, bengkel dan aktiviti. Antaranya adalah Latihan 1 Malaysia (1Malaysia Training), Get Malaysian Business Online (GMBO) 1Citizen, Latihan bersama Persatuan MUBARAK, Program Klik Dengan Bijak (KDB) Kursus Intel Learn Program (ILES) serta banyak lagi aktiviti-aktiviti yang melibatkan masyarakat sekitar Palekbang.
Sehingga bulan Julai 2016 ahli Pusat Internet 1 Malaysia Palekbang adalah seramai 1220 orang. Jumlah ini melibatkan semua peringkat umur dan golongan masyarakat. Jumlah ahli ini akan bertambah dari semasa ke semasa dengan sokongan masyarakat setempat.