mcmc
Keselamatan

AMARAN SCAM PENIPUAN PANGGILAN TELEFON

🚨 KES TERKINI: PENIPUAN PANGGILAN TELEFON 🚨

⚠️ Menyamar Sebagai Pegawai NSRC – Jumlah Kerugian RM1,005,500.00! ⚠️

Seorang wanita warga emas berusia 63 tahun telah menjadi mangsa penipuan panggilan telefon. Mangsa menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai NSRC, mendakwa akaun bank mangsa terlibat dalam aktiviti penipuan.

Mangsa diarahkan membuat beberapa bayaran kononnya untuk ‘menyelesaikan kes tersebut’. Malangnya, mangsa hanya sedar dirinya telah ditipu selepas diminta untuk memindahkan wang sekali lagi.

**🚫 PERINGATAN KEPADA ORANG RAMAI: ** NSRC, polis, atau mana-mana agensi penguatkuasa TIDAK AKAN:

1️⃣ Melakukan siasatan melalui panggilan telefon.

2️⃣ Memaklumkan anda akan ditangkap atau membekukan aset atas alasan ‘siasatan pengubahan wang haram’.

3️⃣ Meminta bayaran melalui telefon.

❌ Jangan mudah terpedaya! JANGAN dedahkan maklumat peribadi atau perbankan anda. JANGAN ikut arahan pemindahan wang daripada pemanggil tidak dikenali.

✅ Hentikan panggilan & buat semakan terus dengan pihak berkuasa.

Amalkan Konsep 3S untuk Melindungi Diri Anda:

1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;

2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;

3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:

📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.

📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.

👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut

Berhati-hati, lindungi diri anda, dan sebarkan kesedaran tentang penipuan ini! Bersama-sama, kita boleh mencegah jenayah ini.

Sumber: JSJK PDRM

#JanganKenaScam#KenalSebelumKena#BNM#ABM#AIBIM#FENetwork#FinancialLiteracy#FinancialEducation#ScamAlert#MalaysiaMADANI#investsmartsc#seccommy#scam#bijaklabur#silaplaburduitlebur#semaksebelumlabur#LetsFightScammerTogether#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#MCMC#Taknakscam#KementerianKomunikasi#SoalSekatSebar